Sunday, June 15, 2008

PERTANDINGAN PANCARAGAM 2008


Sekolah Menengah Ken Hwa di bawah kepercayaan Pejabat Pelajaran Gabungan Keningau telah mengelola Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah peringkat Negeri Sabah 2008. Pertandingan ini disertai oleh taga buah sekolah iaitu SM Ken Hwa, SM Lok Yuk Kota Kinabalu dan SMK Shan Tao Kota Kinabalu. Setelah persaingan yang sengit antara tiga pasukan pancaragam dalam pertandingan yang berlangsung pada 12 Jun 2008 bertempat di Kompleks Sukan Keningau, Pasukan Pancaragam mewakili SMK Shan Tao Kota Kinabalu dinobatkan sebagai Juara dan akan mewakili negeri Sabah ke Pertandingan Akhir peringkat Kebangsaan di Pasir Gudang, Johor nanti. Manakala pasukan tuan rumah berpuas hati dengan kedudukan naib johan. Dalam pada itu, SM Ken Hwa dianugerahkan Drum Major Terbaik dan Persediaan Terbaik, SM Lok Yuk dianugerahkan "Colourgurd Terbaik". Majlis pertandingan yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Keningau Drs. Selamat Hj. Ismail ini telah disaksikan oleh lebih daripada 1500 orang pelajar dari SM Ken Hwa dan Tadika St Margerat Keningau yang turut memeriahkan lagi majlis.

Thursday, May 8, 2008

Dewan Datuk Lee Sen Ken Hwa


Dewan Serbaguna SM Ken Hwa atau lebih dikenali sebagai Dewan datuk Lee Sen merupakan dewan yang terbesar di pedalaman Sabah dengan kos pembinaan cecah Rm2.2 juta dan disiapkan dalam tempoh masa tidak sampai 1 tahun. Sumber kewangan pembinaan dewan ini adalah daripada dermawan-dermawan, syarikat swasta serta sumbangan kerajaan negeri Sabah. Kini dewan ini menjadi tumpuan berlangsungnya majlis-majlis kebesaran masyarakat cina Keningau, aktiviti-aktiviti sekolah serta Pejabat Pelajaran Gabungan dan konsert amal seperti Nicholas Teo (Artis Top 10 Taiwan), Pesta Tang Lung Keningau, Pesta Ang Paw dan banyak lagi. Dewan ini juga akan dibuka untuk gelanggang badminton kelak.